fbpx
Antara PATI yang ditahan pihak berkuasa menerusi serbuan di dua lokasi berasingan di Bandar Batu Segari dekat Lumut, semalam.

Sindiket seludup PATI tumpas di Segari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Sebuah sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditumpaskan pihak polis menerusi serbuan ke atas dua buah premis berasingan di sekitar Bandar Baru Segari dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, serbuan di bawah Op Taring Landai tersebut dilaksanakan sepasukan polis daerah Manjung bersama Polis Marin Wilayah 1 dari Unit Risikan Kampung Acheh.

Katanya, pihaknya telah menahan dua lelaki warga Indonesia yang bertindak sebagai transporter serta seorang lelaki warga berkenaan yang berperanan sebagai penjaga rumah penampungan.

“Seramai 43 lelaki, 25 perempuan, seorang kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan migran warga Indonesia serta dua lelaki migran warga Bangladesh dalam lingkungan umur 7 hingga 57 tahun turut ditahan dalam operasi berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kesemua PATI telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk tindakan selanjutnya.

Hasbullah berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), Seksyen 6(1)(c) Akta Imgresen 1559/63 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imgresen 1559/63 (Akta 155). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN