fbpx
Tangkap layar kejadian pokok tumbang di lebuh raya laluan TTDI menghala ke Mid Valley.

[VIDEO] Laluan TTDI ke Mid Valley terhalang akibat pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di sekitar Lembah Klang berikutan ribut petir sejak petang tadi.

Menerusi tinjauan di media sosial, laluan dari Taman Tun Dr Ismail (TTDI) menghala ke Mid Valley terhalang sepenuhnya akibat pokok tumbang, sekali gus mengakibatkan peningkatan aliran trafik semasa.

Dalam masa sama, beberapa buah kenderaan turut terjejas selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Bandar Seri Putra.

Ketika ini, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang giat menjalankan pemeriksaan kawasan berisiko di sekitar Lembah Klang bagi memastikan keselamatan orang awam terus terjamin.

Terdahulu, media melaporkan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang diramal melanda hampir seluruh kawasan Lembah Klang petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, cuaca buruk sebelah petang ini meliputi seluruh kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN