Kegiatan kecurian kabel dalam rangkaian rel bandar semakin membimbangkan apabila bukan sahaja meningkat dari segi jumlah, malah menunjukkan unsur sindiket terancang yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan tetap. Kes ini bukan sahaja menyebabkan kerugian jutaan ringgit, malah menjejaskan operasi tren dan memberi kesan besar kepada penumpang terutama pada waktu puncak. Berdasarkan pemerhatian pihak Prasarana, trend kecurian ini turut menunjukkan perubahan ketara apabila sasaran kini beralih kepada kabel kritikal yang memberi kesan langsung kepada sistem operasi tren. Ikuti wawancara wartawan Kosmo! Ahad!……














