fbpx
LIVERPOOL memerlukan kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam kelompok lima pasukan terbaik bagi melayakkan diri ke UCL. - AFP

EPL: Liverpool idam kuasai derbi Merseyside

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot tidak mengambil mudah aksi derbi menentang Everton di Stadium Hill Dickinson malam ini bagi mengukuhkan kedudukan dalam kelompok lima teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Beliau menggesa anak-anak buahnya supaya memberikan segala-galanya pada perlawanan tersebut bagi memastikan The Reds tidak terus tercicir sebarang mata dalam usaha mereka melangkah ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Slot mengakui perlawanan itu sangat istimewa, lebih-lebih lagi ini merupakan pertemuan pertama kedua-dua pasukan di stadium baharu The Toffees dengan tiga mata penting menjadi pertaruhan.

“Perlawanan menentang Everton sentiasa istimewa, tidak kira sama ada ia pertemuan pertama ataupun tidak di stadium itu. Bagaimanapun, saya mahu pertemuan sulung di Hill Dickinson menjadi lebih istimewa untuk kami.

“Kami sentiasa turun dengan misi untuk mencatat kemenangan, begitu juga ketika pertemuan dengan Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG). Kami tidak mahu terus tercicir, jadi semua pemain perlu tampilkan aksi terbaik,” katanya.

Sementara itu, pengendali dari Belanda itu menganggap perlawanan menentang Everton hadir pada waktu yang tepat di kala pasukannya masih meratapi kekalahan kepada PSG sehingga tersingkir daripada saingan UCL.

“Semua pemain menunjukkan karakter masing-masing ketika bertemu PSG tetapi perlawanan itu cukup rumit. Aksi menentang Everton tidak ada beza, jadi kami perlu bersedia sebaiknya jika mahu menang,” ujar Slot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN