fbpx
Tangkap layar rakaman memaparkan dua orang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Buat apa dua orang dalam gelap tepi tasik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kelibat dua individu dalam keadaan mencurigakan di sebuah taman tasik di sini mengundang rasa tidak senang orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

Menerusi video berdurasi 14 saat yang tular di TikTok dan Threads, dua lelaki berkenaan dilihat tergesa-gesa menyarung pakaian selepas tingkah laku mereka disedari orang awam.

Menerusi ruangan komen, ramai yang meminta agar pihak berkuasa mengadakan rondaan bagi menangani perkara yang tidak diingini berlaku di kawasan berkenaan.

“Report jabatan agama,” kata pengguna Threads
“Kemain aku ni jauhkan telefon takut keluar hantu, rupanya…,” pengguna Threads lain.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Masri Baharuddin berkata, masyarakat sepatutnya menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan sebaik mungkin dan bukannya melakukan aktiviti yang bertentangan dengan nilai akidah.

Menurutnya, pihaknya masih menyiasat sama ada benar kejadian itu berlaku di Taman Tasik Seremban.

“Perkara ini di luar bidang kuasa MBS, namun saya cuma boleh nasihatkan sebagai masyarakat ataupun penduduk di bandaraya Seremban sepatutnya kita menjaga tingkah laku dan adab.

“Kita tak nak benda ni menjadi (tempat yang tidak bermoral), kita sediakan tempat yang baik untuk orang beriadah malah apa agama sekali pun tidak merestui perbuatan ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN