PETALING JAYA – Kawasan Semenyih dijangka berdepan kesesakan lalu lintas luar biasa esok susulan peningkatan pergerakan orang ramai sempena minggu terakhir sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tinjauan di media sosial mendapati orang ramai mula berkongsi kebimbangan mengenai kemungkinan trafik ‘lumpuh’, malah ada yang menyamakan situasi di kawasan itu seperti Selat Hormuz yang sesak.
Seorang pengguna, Afiqah Muniarah berkata, keadaan dijangka menjadi lebih teruk memandangkan ramai menerima jemputan rumah terbuka pada hari yang sama.
“Mesti teruk… saya sendiri jemputan open house sampai enam rumah esok,” katanya.
Seorang lagi pengguna, Aliff, menasihatkan orang ramai supaya keluar lebih awal bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan.
“Mungkin ya bang… nak selamat keluar pagi. Kalau pukul 10 pagi ke atas memang akan jadi Selat Hormuz,” ujarnya.
“Siapa masuk tak boleh keluar, siapa keluar tak boleh masuk. Jadi lebih baik duduk rumah,” kata seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE














