SEJAK beberapa minggu ini, nama penyanyi Datin Seri Camelia tiba-tiba menjadi bualan ramai dalam media sosial terutama TikTok.
Semuanya disebabkan tular video memaparkan dia menyanyikan lagu milik Datuk Khadijah Ibrahim dan Allahyarham Jay Jay iaitu Doaku Buat Kekasih bersama seorang lelaki dipercayai suaminya.
Paling menjadi bualan ramai pastinya penampilan penyanyi lagu Rindu Padanya yang dikatakan tidak dimamah usia dan kekal jelita meski sudah mencecah 52 tahun.
“Pandai dia jaga diri, tidak nampak berusia pun dan kekal cantik.
“Dia memang wanita elegan sejak dulu tetapi kenapa masih tidak menua?” kata netizen.














