fbpx
Tangkap layar pementasan kontroversi di UM baru-baru ini,.

Takutnya bila pelajar universiti berteater

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENGELAKKAN babak intim, ranjang atau perlakuan kurang sopan antara syarat pementasan teater yang harus dipatuhi para pemainnya.

Namun, ketetapan itu dilanggar sekumpulan pelajar di Karnival Teater Universiti Malaya (Karviter) baru-baru ini sehingga mencetuskan polemik.

Bagi penulis, aksi ‘soft porn’ yang dipaparkan itu tidak boleh diterima kerana melanggar etika pentas dan bertentangan dengai nilai agama serta moral.

Tertanya-tanya daripada mana datang keberanian sekumpulan pelajar itu untuk ‘mengadakan’ babak berahi itu? Kalau pun atas dasar mahu berkarya, takkan tidak tahu batas yang sudah ditetapkan penganjur?

Kreativiti yang melanggar sensitiviti budaya dan norma masyarakat itu sudah semestinya mencetuskan kerisauan ramai apatah lagi pelaku-pelakunya individu muda yang berpendidikan. Tolak tepi soal matang dan pengalaman memandangkan mereka masih ‘mentah’ kerana atas apa pun alasan matlamat tidak menghalalkan cara. Apa yang mereka lakukan itu terang-terangan mencemarkan nilai seni.

Perlu diingat, pementasan yang baik seharusnya menjadi medium seni intelektual, bukan medan melampiaskan unsur negatif yang mencetuskan kontroversi.

Kita sedia maklum pertandingan dan pementasan teater antara aktiviti luar kelas yang mendapat sambutan hangat di pusat pengajian tinggi. Justeru mereka yang terlibat dengan pementasan perlu menjaga etika demi menjaga reputasi institusi.

Tidak salah nak berkarya namun jangan terlalu ghairah hingga melangkaui batas sepatutnya. Bak kata pelakon, pengarah dan pemain teater terkenal, Ellie Suriaty setiap pementasan ada adab dan disiplin yang perlu dipatuhi. Tidak boleh semberono langgar, kena ada ilmu, faham setiap ruang dan hormat sensitiviti masyarakat.

Lebih malang apabila ada pihak lain terkena tempias impak kekhilafan itu. Misalnya insiden di Karviter, Jabatan Drama, Fakulti Seni Kreatif Universiti Malaya (UM) turut terpalit apabila menjadi sasaran individu-individu yang ‘terpaling tahu’ dan pantas menjatuhkan hukuman.

Dalam soal ini, jangan pukul sama rata kerana ia tidak adil buat pelajar dan pensyarah fakulti itu. Jangan kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.

Memetik status dimuat naik tenaga pengajar Fakulti Seni Kreatif UM, Dr. Lenny Erwan dalam Facebook miliknya, tiada pelajar dan pensyarah jabatan itu yang terlibat dalam persembahan berkenaan. Katanya; “

Dalam pengajian drama dan teater yang tulen, kita tahu apa hala tuju kita apabila berada di atas pentas.”

Penulis sendiri yakin, pelajar-pelajar seni persembahan tidak mungkin melakukan kesilapan itu kerana mereka sudah diasuh untuk menghormati seni dan berpegang teguh pada adab pementasan. Etika dijunjung, budaya disanjung, mereka pewaris seni tanah air yang sedang berjuang menggali ilmu.

Semoga apa yang berlaku ini menjadi iktibar buat semua yang bergiat aktif dengan pementasan teater termasuk di pusat pengajian tinggi khususnya mereka yang bukan datang dari latar belakang pendidikan seni persembahan agar lebih berhati-hati selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN