fbpx
Pasukan penyelamat menemui mangsa nahas di Sanggau, wilayah Kalimantan Barat semalam. - Istimewa

Rakyat Malaysia antara 8 korban nahas helikopter di Kalimantan Barat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Dua kru dan enam penumpang terbunuh apabila sebuah helikopter persendirian terhempas di hutan tebal di Pulau Borneo, kata kementerian pengangkutan Indonesia hari ini.

Helikopter jenis Airbus milik firma tempatan, Matthew Air Nusantara terputus hubungan dengan kawalan trafik udara kira-kira lima minit selepas berlepas di wilayah Kalimantan Barat pagi semalam.

Kesemua lapan orang di dalamnya adalah lelaki dengan seorang daripada mereka ialah rakyat Malaysia, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Lukman F. Laisa dalam satu kenyataan.

“Pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan lokasi helikopter ini terhempas dan berdasarkan maklumat dari lapangan, semua penumpang serta kru disahkan meninggal dunia,” katanya.

Pasukan penyelamat menemui mangsa nahas petang semalam di kawasan hutan tebal dengan cerun curam, kata ketua agensi mencari dan menyelamat tempatan, I Made Junetra kepada AFP hari ini.

“Mayat semua mangsa dibawa ke ibu negeri wilayah Kalimantan Barat, Pontianak,” kata I Made.

Indonesia mempunyai rekod keselamatan penerbangan yang buruk, dengan beberapa kemalangan maut berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Sebuah pesawat turboprop disewa kementerian perikanan terhempas di sebuah gunung di Pulau Sulawesi pada Januari lalu, membunuh kesemua 10 orang di dalamnya.

Pada September 2025 pula, sebuah helikopter terhempas di wilayah Kalimantan Selatan, menyebabkan enam penumpang dan dua kru terbunuh. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN