fbpx

‘Tolong jangan ikut, kejar saya di jalan raya, sangat menakutkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cemas, takut dan sering berasa terganggu, pempengaruh media sosial, Leona meminta jasa baik peminat agar tidak cuba mengejar atau mengikuti rapat kenderaannya jika terserempak di jalan raya.

Leona atau nama lengkapnya Kasih Iris Leona, 24, bertegas tidak mempunyai masalah sekiranya ada peminat yang mahu mengambil gambarnya dari jauh namun memohon agar dihormati dan pemanduannya tidak diganggu atas faktor keselamatan.

“Tolong jangan ikut atau kejar saya di jalan raya. Sudah berlaku beberapa kejadian yang membuatkan saya sangat terganggu dan takut.

“Jika anda terserempak dengan saya dan mahu mengambil gambar dari jauh, itu tidak mengapa.

“Tetapi jangan cuba memandu di sebelah saya, turunkan tingkap, melambai dan mengharapkan saya untuk membalasnya. Saya tidak akan berbuat demikian,” katanya dalam Threads.

Anak kepada pelakon senior Azhar Sulaiman itu berkongsi detik cemas apabila tindakannya cuba mengelak daripada diekori di tengah kesesakan trafik tidak diendahkan individu terbabit, sebaliknya terus mengejar kenderaannya.

“Bayangkan betapa menakutkannya apabila saya jelas sedang cuba melarikan diri daripada anda di tengah kesesakan trafik.

“Tetapi anda muncul di sebelah saya bukan sekali malah tiga kali.

“Tolong jangan buat begitu, sangat menakutkan saya dan membahayakan keselamatan saya,” jelasnya.

Leona mendedahkan sudah memiliki kenderaan sendiri apabila memuat naik foto bersama kereta elektrik (EV), Proton Emas 7 berwarna merah jambu yang memaparkan nombor plat PHM1.

Sejak memiliki kereta tersebut, ramai peminat yang teruja apabila terserempak dengan Leona, sehingga ada segelintir pihak yang bertindak menegur dan membunyikan hon walaupun ketika berada di atas lebuh raya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN