fbpx
Sebahagian PATI yang ditahan dalam serbuan di Kampung Kok Keli, Tumpat semalam.

37 PATI dicekup, sindiket kaut RM15,000 seludup seorang warga Myanmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Kegiatan sindiket penyeludupan manusia yang mengaut keuntungan sehingga RM15,000 bagi setiap pendatang asing tanpa izin (PATI) terbongkar selepas 37 warga Myanmar dicekup dalam serbuan di Kampung Kok Keli di sini semalam.

Serbuan kira-kira pukul 5.30 pagi menerusi Op Taring Wawasan Kelantan itu menahan 27 lelaki dan 10 wanita yang dipercayai baru diseludup masuk ke negara ini melalui laluan haram.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA(, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, siasatan awal mendapati, sindiket berkenaan bergerak secara terancang menggunakan laluan Myanmar-Thailand sebelum menjadikan negara jiran itu sebagai transit utama ke negara ini.

Menurutnya, setiap PATI dikenakan bayaran sebanyak RM10,000 hingga RM15,000 dengan mereka dipindahkan beberapa kali da ditempatkan di lokasi berasingan sebelum dibawa masuk melalui laluan laut.

“Sindiket turut menggunakan khidmat rakyat tempatan sebagai pemandu dan kenderaan sewa bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Semasa risikan dijalankan, anggota PGA mengesan buah tiga kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70, Mitsubishi Outlander dan Perodua Aruz berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menahan kenderaan tersebut,” katanya.

Ahmad Radzi memberitahu, pemandu ketiga-tiga kenderaan itu bagaimanapun sempat meloloskan diri dan kini sedang diburu.

Menurutnya, ketiga-tiga SUV dengan nilai keseluruhan dianggarkan hampir RM225,000 itu dirampas untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kesemua PATI ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN