fbpx
LING CHING bakal turun sebagai perseorangan kedua pada aksi Piala Uber di Denmark nanti.

Skuad Piala Uber tekad saingi Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TINGGAL lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum Kejohanan Badminton Piala Thomas dan Piala Uber 2026 yang berlangsung di Horsens, Denmark membuka tirainya bermula 24 April hingga 3 Mei depan.

Skuad badminton wanita negara yang diundi dalam Kumpulan B bersama juara enam kali, Jepun serta Turkiye dan Afrika Selatan, menggalas misi tersendiri pada kejohanan yang berlangsung dua tahun sekali itu.

Perseorangan wanita kebangsaan, Wong Ling Ching yang akan turun sebagai perseorangan kedua negara menaruh sepenuh kepercayaan Malaysia mampu untuk memberi saingan kepada Jepun di peringkat kumpulan.

Meletakkan sasaran mara ke suku akhir, Malaysia dilihat tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan kalah mati itu memandangkan dua pasukan teratas akan melepasi saingan peringkat kumpulan.

“Saya rasa kejutan (ke atas Jepun) adalah dari segi prestasi dan tidak fokus kepada keputusan. Pada pandangan jurulatih, mereka memang nampak usaha kami dalam latihan, jadi mereka ada keyakinan itu.

“Kalau cakap tentang kemenangan (juara) memang ia agak sukar, tetapi kali ini semangat kami semua sudah meningkat. Bagaimanapun, perseorangan pertama dan kedua kita masih jauh dengan negara Asia yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ling Ching juga sedia menjadikan pengalaman beraksi pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) sebelum ini sebagai azimat di mana dia hampir mengejutkan bekas juara dunia dari India, P.V. Sindhu di pusingan pertama.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam saingan Piala Uber adalah melangkah ke suku akhir pada edisi 2010 yang berlangsung di Kuala Lumpur dan kali ini merupakan peluang terbaik untuk mengulanginya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN