fbpx
Azril yang dulunya pernah bergelar seorang model kini yakin untuk menceburi bidang hiburan sama seperti rakan seperjuangannya yang lain seperti Aliff Syukri dan Vida.

20 tahun menanti penuh sabar, Azril kini cuba jadi pengacara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Lama membina empayar perniagaan sejak 20 tahun lalu, usahawan Datuk Azril Mohd. Radzi kini yakin untuk menceburi bidang hiburan sama seperti rakan seperjuangannya yang lain seperti Datuk Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida.

Pengasas jenama V’Asia itu tidak menolak andai suatu hari nanti merakamkan lagu sendiri dan terjun dalam dunia pengacaraan demi bergerak selari dengan pengasas-pengasas produk lain.

“Sebenarnya, saya dulu pernah terlibat dalam dunia peragaan dan pengacaraan. Sekarang bisnes dah okey (stabil), saya rasa macam nak focus balik kepada minat yang sudah lama terpendam.

“Seiring dengan peredaran zaman, saya rasa sekarang ini peluang yang ada untuk ceburkan diri dalam industry,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini semalam.

Ditanya sama ada situasi rakan-rakan seperjuangan yang menjadikan dunia hiburan sebagai medan mempromosikan produk membuatkan dirinya ingin turut serta, jawab Azril, dia tidak menafikan perkara terbabit.

“Betul dan sebenarnya, saya merupakan individu yang lama berniaga selalu keluar TV je (offline). Jadi saya nak buat kemunculan untuk terlibat dalam bidang ini.

“Supaya dapat tangkap audiens yang baharu. Tapi saya akui benda ini sangat mencabar sebab saya ‘orang offline’ — hampir 20 tahun tapi kurang dikenali. Saya dah bersedia nak menonjol selepas ini,” katanya lagi.

Azril berkata, setakat ini ada dua cabang seni yang ingin diceburinya termasuklah menyanyi dan juga pengacaraan.

“Modeling tak boleh sebab saya dah tua (ketawa). Tapi ada sahaja job (modeling) yang saya buat sebelum ini.

“Mungkin saya lebih minat dalam bidang pengacaraan kot,” katanya.

Adat bergelumang dalam dunia hiburan pastinya akan ada kecaman dan kritikan. Untuk itu, Azril sedia maklum dan tidak kisah mendepaninya asalkan tidak melampaui batas.

“Saya pun pernah dapat kecaman sebelum ini tapi saya rasa waktu itu belum bersedia dan tak biasa.

“Saya percaya selepas ini kalau dah serius dalam bidang (hiburan), semua itu (kecaman) adalah perkara yang kita kena hadap dan terima,” ungkapnya.

Tahun lalu, Azril pernah dihambat kritikan netizen selepas meluahkan rasa terkilan apabila namanya dilaporkan tercicir daripada senarai penyumbang zakat perniagaan tertinggi yang dikeluarkan Lembaga Zakat Selangor (LZS). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN