fbpx
Tangkap layar video menunjukkan rumah itu dirobohkan dengan sebuah jengkaut sehingga menjadi rata. - TikTok

Tak jadi kahwin, terus roboh ‘mahligai impian’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Ngawi, wilayah Jawa Timur nekad merobohkan rumah yang dibina bersama teman lelakinya selepas mereka membatalkan perkahwinan setelah lapan tahun menjalin hubungan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Desa Dumplengan, daerah Pitu baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ari_plafon_ngawi menunjukkan kediaman itu dirobohkan sedikit demi sedikit menggunakan jengkaut sehingga menjadi rata. 

Ketua Polis Pitu, AKP Basuki berkata, pasangan kekasih itu telah menjalin hubungan selama lapan tahun dan merancang untuk berkahwin. 

“Wanita tersebut memberikan wang untuk membina sebuah rumah di atas tanah milik kekasihnya. Mereka merancang untuk tinggal di rumah tersebut selepas berkahwin. 

“Namun, mereka memutuskan untuk membatalkan perkahwinan kerana berasa tidak serasi,” kata Basuki. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN