PAGI 22 November tahun lalu, suasana pagi di sungai itu berada dalam balutan kabus nipis dengan permukaan air berwarna teh pekat. Sungai Bernam pada pukul 8 pagi bukanlah tempat yang mesra bagi mereka yang mencari keriuhan. Sebaik enjin bot dimatikan, suasana segera diambil alih oleh simfoni alam yang jujur, desiran angin pagi pada pelepah rumbia, siulan burung tempua bersarang rendah dan bunyi kocakan air oleh ikan-ikan kecil di celah-celah akar kayu. Udara di sini berat dengan bau tanah basah dan……














