fbpx
Wanita lebih ramai menghidap penyakit buah pinggang kronik berbanding lelaki. - GAMBAR HIASAN

Periksa awal elak sakit buah pinggang kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYAKIT kronik biasanya tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya ia berkembang perlahan-lahan dalam satu jangka masa disebabkan oleh pelbagai faktor.

Kombinasi seperti peningkatan usia, genetik (keturunan), persekitaran dan kesihatan mental menjadi antara penyebab yang mendorong kepada berlakunya penyakit kronik.

Dalam pada itu, amalan gaya hidup tidak sihat pula boleh diibaratkan seperti bom jangka yang hanya menunggu masa untuk meletup dan membinasakan anggota badan.

Salah satu penyakit kronik mengancam nyawa ialah penyakit buah pinggang kronik (CKD) sekali gus dikhuatiri menjadi ‘pembunuh’ tanpa sedar.

Menerusi perkongsian Pakar Nefrologi dan Pemindahan Buah Pinggang di Pusat Perubatan Sunway Bandar Sunway (SMS), Dr. Rosnawati Yahya, peratusan CKD di seluruh dunia menunjukkan wanita menghidap penyakit berbahaya itu pada kadar 11.8 peratus, manakala lelaki 10.4 peratus.

Data di Malaysia juga menunjukkan trend sama di mana 14 peratus bagi wanita, sementara lelaki 12 peratus.

Kata Dr. Rosnawati, CKD berlaku disebabkan masalah metabolik (berkaitan dengan metabolisme) yang turut dipengaruhi kekurangan kesedaran untuk membuat saringan pemeriksaan kesihatan sehingga erlambat.

“Secara konsisten, kita dapati bahawa faktor utama CKD masih lagi didorong oleh masalah metabolik seperti diabetes dan hipertensi.

“Inilah sebabnya mengapa pemeriksaan awal sangat penting kerana tiga peringkat pertama CKD tidak menunjukkan simptom, jika simpotom itu muncul ia sudah terlambat,” katanya.

Disebabkan itu, amalan pemeriksaan berkala dibuat secara terperinci sangat penting bagi mengelakkan daripada CKD menjadi ‘parah’.

Bagi wanita terutama penghidap diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti, penyakit autoimun atau mempunyai sejarah komplikasi kehamilan perlu mendapatkan pemeriksaan awal khususnya penyakit buah pinggang.

Tegasnya, tindakan itu bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan demi memastikan kesihatan sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Hanya tiga ujian mudah diperlukan untuk mengesan masalah dengan lebih awal iaitu ujian darah untuk fungsi buah pinggang.

“Kemudian ujian protein dalam air kencing (paling tepat menggunakan nisbah albumim ke kreatinin air kencing), seterusnya pemeriksaan tekanan darah,” ujarnya.

Protein dalam air kencing salah satu tanda awal kerosakan buah pinggang, namun banyak ujian dipstick (juga dikenali ujian celup air kencing) gagal mengesan.

Disebabkan itu, tindakan pemeriksaan kesihatan yang dibuat secara berkala mampu pengesanan awal dan membawa perbezaan besar kerana terdapat banyak pilihan rawatan boleh dilakukan.

“Dengan rawatan betul, kemerosotan fungsi buah pinggang juga boleh dipertahankan secara ketara.

“Matlamatnya pemeliharaan fungsi buah pinggang kerana jika kita dapat mengurangkan kemerosotan fungsi daripada 10 peratus setahun kepada 2 peratus, ramai pesakit mungkin tidak perlu melakukan dialisis,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN