fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan kejadian banjir di beberapa kawasan di Semenyih, semalam.

[VIDEO] ‘Ni bukan dekat Pantai Timur, tapi Semenyih ya…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Balik kerja tengok rumah banjir. Bukan Pantai Timur, ini dekat Semenyih ya.”

Itu antara luahan penduduk Semenyih yang mendakwa terpaksa berdepan kejadian banjir di Jalan Sungai Lalang menghala ke Sungai Tekala ketika pulang dari kerja, semalam.

Menerusi hantaran @By.mawwarkoo di laman sosial Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), individu berkenaan turut meminta pihak terbabit bertindak segera.
“Stres cuci lumpur dari semalam bawa ke hari ni tidak selesai juga. MPKj tolong la buat sesuatu pasal longkang itu. Pembangunan kawasan ini atas bukit.

“Bawah, tepi, kiri, kanan semua korek tanah. Projek elit bagai, tapi kami yang tanggung kesannya,” dakwanya.

Luahannya itu meraih perhatian orang ramai, malah ada yang turut berkongsi video ketika kejadian tersebut berlaku.

“Setuju. Jalan pun dah sesak teruk. Tak tahu nak cakap apa dah,” kata @Fahminazar.

“Kasihan…beri terbaik bagi yang terkesan,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN