fbpx
Wanna Ali selamat melahirkan cahaya mata lelaki secara pembedahan di sebuah pusat perubatan hari ini.

‘Macam tak percaya’ – Wanna Ali selamat lahir anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Wanna Ali selamat melahirkan cahaya mata lelaki secara pembedahan di sebuah pusat perubatan hari ini.

Berkongsi khabar gembira, ibunya yang juga penerbit, Datuk Ayu Puteh bersyukur proses kelahiran cucu pertamanya dipermudahkan selain tidak menyangka sudah bergelar nenek.

“Alhamdulillah, macam tidak percaya tetapi ini kenyataan.

“Wanna selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.7 kilogram (kg) pada waktu subuh semalam secara pembedahan,” katanya dalam Instagram hari ini.

Ayu berkata, dia berterima kasih atas semua doa yang diberikan terhadap anak dan cucunya.

“Saya orang yang paling gembira.

“Terima kasih saudara-mara dan kawan-kawan saya, kawan-kawan suami dan Wanna yang mendoakan,” katanya lagi.

Terdahulu, Wanna atau nama penuhnya Nor Syazwana Mohd Ali, 29, mendirikan rumah tangga dengan Khairil Amri pada 9 Februari 2025 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN