fbpx
Golongan gelandangan di sekitar ibu negara sering menerima sumbangan makanan daripada pelbagai NGO.

‘Selepas berhenti kerja, hidup lebih tenang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Saya suka hidup begini sebab bebas komitmen, tak perlu fikir pasal hutang, tak perlu fikir banyak benda.”

Itu kata seorang lelaki yang hidup sebagai gelandangan di sekitar Kuala Lumpur sejak hampir dua tahun lalu selepas berhenti kerja sebagai pengawal ke­selamatan.

Gelandangan yang dikenali sebagai Lan, 45, berkata, kehidupan di jalanan memberi kebebasan kepadanya.

“Tahun 2014 saya datang dari Tawau ke Semenanjung untuk kerja. Mulanya kerja kerja di Johor selama lima tahun, kemudian datang Kuala Lumpur.

“Malangnya ketika itu pula negara kita lock down (perintah kawalan pergerakan akibat Co­vid-19), jadi saya tak kerja setahun lebih, tapi duit simpanan masih cukup sambil menumpang rumah kawan,” katanya kepada Kosmo! berdekatan Dataran Merdeka di sini.

Menurutnya, dia kemudian mendapat kerja sebagai penga­wal keselamatan, namun hidup pula terasa terikat kerana setiap hari memikirkan mengenai kerja, sewa rumah, bil dan pelbagai komitmen lain.

“Walaupun hidup tanpa rumah, saya masih mampu teruskan hidup dengan bantuan orang ramai serta program agihan makanan daripada badan bukan kerajaan (NGO),” ujarnya.

Menurutnya, dia juga melakukan kerja sambilan seperti me­ngutip barang kitar semula untuk mendapatkan wang tambahan.

“Saya tahu hidup ini tidak mudah, tapi saya sudah biasa. Asalkan ada makan dan ruang untuk tidur, itu sudah cukup,” katanya.

Nasib sama turut dilalui Rahim, 52, yang memilih hidup sebagai gelandangan selepas berpisah dengan keluarga beberapa tahun lalu.

Dia yang ditemui di kaki lima di sekitar Pudu mengakui sudah lali dengan kehidupan di jalanan.

“Dahulu kerja buruh, tapi setiap kali ada duit habis ke benda haram (dadah). Apabila tak ada duit macam sekarang saya belajar untuk kawal diri.

“Perkahwinan saya pernah hancur sebelum ini semua sebab dadah dan sebab benda itu juga saya hidup di jalanan.

“Sekarang saya bebas, kadang ada yang hulur dapat sehari RM15 ke RM20, buat simpan kalau kecemasan. Bab makan semua cukup, ramai yang murah hati bantu kami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN