fbpx
SALAH seorang warga asing dipercayai dari India yang muncul semula di sekitar Stesen Bas Changlun semalam. – MOHD. ZAIDI DESA

Warga India kembali ke Changlun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CHANGLUN – Isu kehadiran warga asing dari India di pekan ini kembali mencetuskan keresahan dalam kalangan penduduk apabila kelibat mereka dikesan semula di sekitar Stesen Bas Changlun sejak semalam.

Warga asing berkenaan sebelum ini dilihat dalam jumlah yang ramai di pekan tersebut selepas didakwa melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

Bagaimanapun, kelibat mereka tiba-tiba ‘ghaib’ sejak seminggu lalu dan dikesan berada di Jitra.

Menurut Pengerusi Suara Orang Chang­lun, Mohd. Zaidi Desa, dia menyedari kehadiran terbaharu warga asing itu kira-kira pukul 11 pagi semalam.

“Saya nampak tiga lelaki warga India dan kelihatannya mereka datang secara berasingan. Tidak pasti bas mereka pukul berapa, biasanya sebelah malam,” kata­nya di sini semalam.

Beliau juga difahamkan bahawa pihak berkuasa Thailand me­lakukan pemeriksaan ketat terhadap kemasukan warga asing ke negara tersebut bagi memastikan hanya pelancong berkualiti yang masuk.

“Tindakan itu disebabkan negara jiran tersebut menerima ramai pelancong asing termasuk warga India yang tinggal lebih masa dan buat pusat ‘scam’, ada jadi gelandangan, kes gaduh serta macam-macam hal lagi.

“Pihak berkuasa negara jiran itu memang buat pemeriksaan menyeluruh terutama warga India, jadi itu mungkin menyukarkan warga India masuk ke Thailand seterusnya ke negara kita, “ katanya.

Kosmo! pada 3 April lalu me­laporkan, penduduk dan peniaga di Changlun mendakwa ramai warga India kini menjadikan pekan itu sebagai lokasi transit sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

Bagaimanapun pada 11 April lalu, kelibat mereka tiba-tiba hilang dan didakwa beralih ke Jitra sejak beberapa hari lalu.

Stesen Bas Tanah Merah di sini didakwa menjadi tempat mereka berkumpul dengan modus operandi sama seperti di Changlun sebelum meneruskan perjalanan menaiki bas ke destinasi-destinasi lain terutama Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Susulan itu, pakar Kriminologi, Dr. Zalmizy Hussin mendedahkan warga asing itu disyaki menjadikan Thailand sebagai transit sebelum menyusup ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam atau Durian Burung.

Mereka terbang dari negara asal dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Thailand seperti Suvarnabhumi di Bangkok atau Hatyai sebelum masuk ke Malaysia melalui jalan darat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN