fbpx
HAIKAL (tengah) kekal komited dengan skuad kebangsaan walaupun ada dakwaan dia akan meninggalkan BAM. - SHIDDIEQIIN ZON

Haikal kekal setia dengan BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menepis dakwaan yang mengatakan anak buahnya, Muhammad Haikal Nazri akan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Terdahulu, pemain kelahiran Bachok, Kelantan itu didakwa sudah menghantar surat peletakan jawatan, namun Herry menyangkal laporan tersebut dan menegaskan, Haikal akan terus bersama pasukan kebangsaan.

“Tidak betul (spekulasi Haikal akan meninggalkan BAM). Haikal akan tetap di BAM,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sebelum ini, Haikal pernah mencetuskan kontroversi apabila mengambil keputusan menarik diri daripada beraksi pada kejohanan Terbuka Switzerland Mac lalu atas alasan mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, tindakan pemain berusia 24 tahun itu kurang disenangi Herry apabila beliau merasakan Haikal dan gandingannya, Choong Hon Jian cergas dan tidak ada masalah untuk bermain.

Pergeseran antara pemain dan jurulatih itu tidak kekal lama apabila Haikal mengambil keputusan matang untuk datang berjumpa dengan Herry dan membuat permohonan maaf.

Sementara itu, Haikal yang kini bergandingan dengan Bryan Jeremy Goonting turut tampil menafikan spekulasi tersebut selain mengakui sedang fokus untuk menyesuaikan diri dengan pasangan baharu.

“Saya tidak ada menghantar surat untuk keluar dari BAM. Fokus saya sekarang adalah untuk bersama gandingan baharu dan kami akan menyertai kejohanan Terbuka Thailand selepas ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN