fbpx
KEADAAN rumah di Felda Lubuk Merbau dekat Kuala Nerang yang rosak akibat dibadai ribut pada petang tadi. - Foto APM

Ribut kuat landa Felda Lubuk Merbau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERANG – Sekurang-kurangnya 19 rumah di Felda Lubuk Merbau, dekat sini dilaporkan rosak akibat ribut pada petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Roshidi Kassim berkata, ribut melanda kawasan itu kira-kira pukul 4 petang sebelum pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan pokok tumbang yang menghalang jalan sejam kemudian.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati terdapat rumah rosak akibat dibadai angin kencang,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, setakat ini kira-kira 19 rumah terjejas dan pihaknya masih melakukan bancian berhubung jumlah sebenar rumah yang terlibat.

“Pemantauan di lokasi kejadian diteruskan dari semasa ke semasa dan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara yang diaktifkan. Kesemua mangsa berpindah ke rumah saudara mara masing-masing,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN