fbpx
Saifuddin Nasution (dua dari kanan) pada sidang media di Kajang, Selangor hari ini.

‘Masuk guna pas sosial, tapi berniaga bukan calang-calang buka resort’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Warga asing yang masuk ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial, pelancong atau pelawat biasa untuk bekerja atau menjalankan perniagaan di Malaysia merupakan satu kesalahan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia membenarkan kemasukan warga asing selagi mempunyai dokumen perjalanan sah seperti pasport dan pas yang diluluskan.

Bagaimanapun, katanya, setiap kemasukan itu tertakluk kepada tujuan yang dinyatakan dalam pas masing-masing.

“Masuk guna pas sosial, pelancong, pelawat biasa, tetapi berniaga, bekerja itu (adalah) salah. Berniaga bukan calang-calang, buka resort, memiliki perniagaan. Ada orang tempatan jadi ‘bisnes partner’.

“Mereka masuk untuk tujuan pas sosial, kemudian bekerja. Berniaga itu salah guna pas. Undang-undang akan menyusul,” katanya pada Majlis Peluncuran Inisiatif Malaysia Border Guard (Veteran Angkatan Tentera Malaysia) 2026 Agensi Kawalan Dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan Kosmo! sebelum ini mengenai penduduk dan peniaga di Changlun mendakwa ramai warga India kini menjadikan pekan itu sebagai tempat transit sebaik melepasi pemeriksaan di pintu masuk negara, sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur atau Johor Bahru.

Mengulas isu tersebut, Saifuddin Nasution berkata, agensi berkaitan masih memantau perkara berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN