fbpx
Orang ramai membantu mengalihkan kedua-dua remaja yang dirempuh sebuah SUV dipandu seorang guru di SMK Tanjong Mas, Kota Bharu semalam.

Mangsa kedua dirempuh SUV ustazah stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang lagi pelajar yang cedera selepas dirempuh kenderaan ultiliti sukan (SUV) dipandu seorang guru di depan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini semalam berada dalam keadaan stabil.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, mangsa, Zara Aftar Zamzuri, 13, kini menjalani rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan muka.

Menurutnya, remaja berkenaan berada dalam keadaan sedar dan stabil.

“Alhamdulillah, bacaan tanda vital (suhu badan, nadi, pernafasan, dan tekanan darah) mangsa berada tahap memuaskan. JKNK akan terus melakukan pemantauan rapi sehingga mangsa pulih sepenuhnya tanpa sebarang komplikasi.

“Penilaian awal mendapati pesakit mengalami beberapa kecederaan pada bahagian kepala dan muka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Azman memberitahu, semua pihak diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian itu.

“Saya berharap agar seluruh masyarakat dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan mangsa,” ujarnya.

Kosmo! Online semalam melaporkan, luluh hati seorang bapa melihat anaknya terbujur dalam keadaan tidak bernyawa di dalam surau selepas dirempuh sebuah SUV jenis Honda HR-V di dalam kawasan SMK Tanjong Mas di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 tengah hari itu, Nur Fatimatul Hawa disahkan meninggal dunia di depan surau itu akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan tersebut berpunca daripada pemandu SUV berkenaan yang dipercayai tertekan pedal minyak sebelum terbabas merempuh mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN