fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sejumlah duit yang dipulangkan semula kepada pelanggan. - TikTok 

Kedai dobi jujur, pulangkan duit pelanggan tertinggal dalam baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah kedai dobi di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menerima pujian orang ramai apabila bersikap jujur dengan mengembalikan duit yang tertinggal dalam pakaian milik pelanggan, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan sejumlah wang yang diletakkan pada setiap bungkusan  plastik berisi pakaian.

Wang tersebut disusun rapi pada bahagian atas agar pemilik pakaian dapat melihatnya. 

Antara jumlah wang paling banyak ditemui adalah 700,000 rupiah (RM163). 

Rakaman itu mencatatkan 391,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Saya suka dengan kedai dobi yang jujur,” kata seorang netizen. 

“Sikap ini patut dicontohi! Bukan ambil hak orang lain,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN