fbpx

Roti ‘jelik’ laris di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warna hijau yang kelihatan seperti kulat di dalam roti ini sebenarnya perasa teh hijau matcha dan keju. - Taobao Happy Share

BEIJING – Sebuku  roti yang kelihatan seperti dipenuhi kulat hijau mendapat perhatian netizen apabila dijual di platform online Taobao di China, baru-baru ini.

Menurut laporan laman berita Oddity Central semalam, roti tersebut tampak agak menjijikkan dengan inti hijau seperti sudah terlalu lama dan melebihi tarikh luput.

Rupa-rupanya, roti keluaran Syarikat China Nanjing Yican Foods itu bukanlah dipenuhi kulat hijau tetapi ia adalah gabungan inti teh hijau matcha dan keju yang kelihatan seperti makanan lama.

Hampir kesemua pelanggan yang membeli roti ini bersetuju bahawa ia memiliki kelembutan dan keenakan yang luar biasa. – Taobao Happy Share

Pada mulanya, pembeli sedikit keliru dan menyangka ada syarikat tergamak menjual makanan berkulat namun selepas mendapat penjelasan, barulah mereka memahami konsep yang cuba disampaikan.

“Ia kelihatan jelik tetapi roti itu sangat sedap dan lembut apabila dimakan,” kata seorang pengguna media sosial.

“Abaikan sahaja rupanya kerana sekali anda makan roti ini, pasti anda akan mahu membelinya lagi,” komen seorang lagi.

Roti yang menggunakan bahan-bahan seperti teh hijau matcha Jepun berkualiti tinggi dan susu tepung dari New Zealand untuk intinya itu dijual pada harga AS$ 2.80 (RM11.52) sebiji.

Setakat ini, foto roti ‘berkulat’ itu telah dikongsi dengan pantas di laman Facebook dan mendapat lebih 500 ulasan positif meskipun rupa tidak menggambarkan keenakan rasanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN