KUALA PILAH – Kertas siasatan berhubung kes penemuan mayat bayi di kawasan pencawang berhampiran Masjid Rembang Panas, di sini pada 27 Mac lalu hampir siap dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, suspek wanita berusia dalam lingkungan 30-an ditahan dua hari kemudian sebelum dibebaskan dengan jaminan bagi mendapatkan rawatan selepas bersalin.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan orang awam menjumpai mayat bayi dan pemeriksaan awal mendapati mangsa dalam keadaan cukup sifat dan bertali pusat.
Pemeriksaan lanjut mendapati bayi tersebut meninggal dunia dipercayai tidak sampai 48 jam lalu dan mula mengalami proses reput. – KOSMO! ONLINE














