fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sebuah jengkaut merobohkan rumah sedikit demi sedekit sehingga menjadi rata. - TikTok

Suami roboh rumah, berang isteri terima lamaran lelaki lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki nekad merobohkan rumahnya sendiri selepas mendapat tahu bahawa isterinya menerima lamaran daripada lelaki lain sebelum mereka sah bercerai, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video kejadian di Indonesia dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah, menunjukkan rumah itu dirobohkan sedikit demi sedikit menggunakan jengkaut sehingga akhirnya menjadi rata. 

Menurut penduduk tempatan, pasangan suami isteri itu kini dalam proses perceraian. 

“Situasi bertambah buruk apabila si isteri diketahui menerima lamaran daripada lelaki lain, menyebabkan si suami kecewa. Dia bertindak merobohkan rumah yang pernah didiami bersama isterinya,” kata penduduk tempatan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 692,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Lebih kelakar apabila warga setempat memberi sokongan kepadanya (suami berkenaan),” kata seorang netizen. 

“Dunia penuh dengan masalah percintaan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN