fbpx
LELAKI yang menumbuk muka seorang wanita ditahan polis sejurus mangsa membuat laporan polis selepas kejadian di sebuah pasar raya di Jalan Sri Mersing, Mersing semalam.

[KEMAS KINI] Selisih faham punca lelaki tumbuk wanita depan pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Polis menahan seorang lelaki yang bertindak secara tiba-tiba menumbuk seorang wanita dalam kejadian di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Sri Mersing, Mersing, semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, pihak polis menerima laporan polis daripada mangsa yang berusia 48 tahun pukul 10 malam semalam.

Katanya suspek yang berusia 47 tahun itu kemudian berjaya ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing pada malam yang sama.

“Tangkapan telah dibuat kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi untuk siasatan lanjut, di mana siasatan awal mendapati punca kejadian dipercayai akibat selisih faham.

“Ekoran kejadian itu mangsa telah alami kecederaan lebam di bahagian dahi dan patah di bahagian atas hidung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular rakaman menunjukkan seorang lelaki menumbuk seorang wanita yang baru keluar dari sebuah pasar raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN