fbpx
TANGKAP layar video insiden pergaduhan pelajar sebuah sekolah menengah di Bandar Selesa Jaya, Skudai, Iskandar Puteri, Johor Bahru, semalam.

[VIDEO] Pelajar ‘naik tangan’ depan sekolah, polis buka siasatan kes rusuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Tular di media sosial insiden pergaduhan melibatkan sekumpulan pelajar sekolah menengah yang berlaku di hadapan sebuah sekolah di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai, di sini semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa selepas beberapa rakaman video menunjukkan aksi tolak-menolak dan pukul-memukul sesama pelajar tersebar luas di platform media sosial.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat berhubung kejadian tersebut.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati pergaduhan itu melibatkan beberapa pelajar lelaki dan berlaku di luar kawasan sekolah.

“Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian ini di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti semua individu yang terlibat serta punca sebenar kejadian.

“Kita memandang serius kejadian ini kerana ia melibatkan pelajar sekolah dan boleh memberi kesan negatif kepada keselamatan awam serta imej institusi pendidikan,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tindakan sewajarnya.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, difahamkan satu kenyataan media rasmi berhubung insiden tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN