PETALING JAYA – Permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) Online bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilanjutkan sehingga 13 April 2026 , pukul 12 tengah hari.
Perkembangan terkini ini disahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerusi Facebook sebentar tadi.
Lanjutan ini bertujuan memberi peluang kepada calon mengemas kini permohonan setelah keputusan SPM diumumkan, di mana permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPUOnline.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, tempoh permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2026/2027 bagi Fasa Permohonan Lepasan SPM melalui UPUOnline dilanjutkan hingga 12 April berbanding tarikh tutup asal pada 23 Mac.
Bagaimanapun tarikh tutup permohonan bagi Fasa Pertama Lepasan STPM/Setaraf kekal pada 23 Mac ini. – KOSMO! ONLINE














