fbpx
Sebut sahaja nama Farida Jalal, pasti terkenang wajahnya yang sinonim dengan watak ibu.

‘Mak’ SRK gaduh dengan pengarah angkara orang gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sebut sahaja nama Farida Jalal, pasti terkenang wajahnya yang sinonim dengan watak ibu.

Farida bahkan cukup dikenali sebagai watak ibu kepada Shah Rukh Khan dalam kebanyakan filem popular Bollywood. 

Paling dingati tentunya filem Kuch Kuch Hota Hai dan Duplicate arahan dan terbitan Karan Johar.

Farida banyak bekerja bawah arahan Karan termasuk filem pecah panggung Khabie Kushi Kabhie Gham.

Namun, rupanya itu adalah filem terakhir mereka bersama sebelum kedua-duanya dikatakan bermasam muka. 

Semuanya gara-gara Farida menolak tawaran filem Kal Ho Na Ho terbitan Karan.

Menurut Farida, dia menolak watak sebagai ibu mentua kepada Jaya Bachchan. Dia berasa tidak sesuai memandangkan pernah melakonkan watak pembantu rumah Jaya dalam filem Khabie Kushi Kabhie Gham.

Selepas menolak tawaran tersebut, Karan tidak pernah lagi bekerjasama dengan Farida dalam filem arahan dan terbitannya.



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN