GOMBAK – Sebuah lori dilaporkan terbakar di Kilometer (KM) 19.9, Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak berhampiran Plaza Tol Gombak, di sini petang ini.
Kejadian kira-kira pukul 3.25 petang itu menyebabkan dua lorong masuk ke plaza tol berkenaan iaitu lorong B01 dan B02 terhalang.
Menurut maklumat yang dikongsikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kebakaran berlaku di laluan sebelum keluar ke plaza tol berkenaan arah barat dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.
“Lorong kiri terhalang. Trafik terkawal,” lapor LLM. Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai punca kejadian atau sebarang kecederaan dilaporkan. – KOSMO! ONLINE














