fbpx
Tangkap layar video hantaran pengguna di TikTok berkenaan dengan pesta sotong di Pantai Seberang Marang, Terengganu.

[VIDEO] Menjala sotong pesisir pantai Marang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penduduk di sekitar Terengganu kini mengalami fenomena luar biasa dengan kehadiran sotong yang banyak di pesisir Pantai Seberang Marang, sejak beberapa hari lalu.

Kejadian itu menyaksikan ratusan penduduk setempat menyerbu kawasan pantai bermula pukul 5 petang hingga lewat malam dengan membawa jala masing-masing untuk mencuba nasib.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna @kamerarosak123 di TikTok, suasana meriah di tepi pantai dengan ramai lelaki dewasa dan golongan muda gigih ‘menjala’ sotong di kawasan tersebut.

Seorang pengguna media sosial, Manoletto, menyifatkan fenomena ini sebagai satu keadaan yang tidak pernah dilihatnya sepanjang hayat.

“Di usia 59 tahun ini, tak pernah aku dengar menjala sotong atau candat di pantai. Tahun ni baru mula, memang berkat dan sejahtera sungguhlah,” katanya di ruangan komen.

Dalam pada itu, pesta mencandat sotong ini dikatakan dibuat pada setiap tahun mengikut musimnya.

Waktu puncak bagi ‘pesta sotong’ ini biasanya bermula antara pukul 5 petang hingga 8 malam, namun ada juga yang masih berjaya menaikkan hasil pada waktu tengah malam.

Meskipun ramai yang bersyukur dengan rezeki itu, ada juga pengguna yang berseloroh menasihati orang ramai supaya menjaga kesihatan kerana bimbang penyakit ‘gout’ menyerang akibat terlalu banyak makan hasil laut tersebut. – KOSMO! ONLINE

@kamerarosak123 ⏩Pesta menjala sutong..walaupun hujan 🌧️🌧️🌧️masih tidak berganjak,,,waoooo bahagianya⚪⚫#ombak#terengganu#Laut#fyp#🇲🇾 ♬ Blus Terengganu Kita – Iklim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN