fbpx
EMPAT individu termasuk tiga warga Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

Pemandu lori, tiga warga Myanmmar didakwa miliki 4,705 kg minyak masak tanpa lesen sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Empat individu termasuk tiga warga Myanmar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki barang kawalan iaitu 4,705 kilogram (kg) minyak masak tanpa lesen sah pada 7 April lalu.

Bagaimanapun hanya tertuduh warga tempatan iaitu seorang pemandu lori, Chong Sze aThong, 52, mengaku tidak bersalah, manakala tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh warga Myamer Thung Khaw, 27; Moe Myint Weh Yan, 17 dan tertuduh wanita, Nan Thet Khin, 32.

Pemandu lori itu membuat pengakuan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Mandarin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama memiliki barang kawalan yang juga barang berjadual iaitu 4,705 kg minyak masak dalam keadaan menimbulkan syak yang munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ia melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan minyak masak secara borong tanpa lesen yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12.15 tengah hari di premis tanpa nama di Kampung Baru Mantin, pada 7 April lalu.

Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Azmil Aspara menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh warga tempatan.

Peguam Mohd. Amin Arsan yang hanya mewakili tertuduh warga tempatan, Sze aThong memohon wang jaminan sebanyak RM5,000 dengan alasan anak guamnya bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM3,000 hingga RM3,500 sebulan.

Mohd. Amin berkata, anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai dua anak yang masih bersekolah serta menanggung ibu serta ibu saudara yang sudah uzur.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan RM5,000 dengan syarat tambahan menyerahkan pasport, melapor diri di pejabat KPDN terdekat setiap bulan dan tidak mengganggu saksi sama ada secara sendiri atau pihak ketiga.

Manakala bagi tiga tertuduh warga Myanmar mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 April depan bagi serahan dokumen dan laporan kimia terhadap pemandu lori serta kehadiran jurubahasa Myanmar bagi tiga tertuduh warga asing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN