fbpx
Gambar hiasan.

Johor, Sarawak hujan lebat hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat dan angin kencang membabitkan beberapa kawasan di Johor dan Sarawak hingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, kawasan yang terlibat di Semenanjung adalah Johor yang melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.

“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Betong (Betong), Sarikei (Sarikei), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) dan Bintulu (Tatau),” kata kenyataan itu.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN