fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita itu melarikan diri dari stesen minyak selepas mengisi petrol. - Naewna

Wanita pandu Mercedes lari selepas isi petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita menerima kecaman orang ramai kerana melarikan diri selepas mengisi petrol berjumlah 1,000 baht (RM124) di sebuah stesen minyak di selatan Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 2.42 petang (waktu tempatan) di Hat Yai, wilayah Songkhla, baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita dipercayai berumur antara 30 hingga 35 tahun itu tiba di stesen minyak dengan memandu kereta Mercedes-Benz sebelum meminta seorang pekerja mengisi petrol sebanyak 2,000 baht (RM247). 

Dia kemudian mengurangkan jumlah kepada 1,000 baht apabila pam mengeluarkan minyak dengan perlahan.

Pekerja dikenali sebagai Theerapong, 23, berkata, pelanggan itu cuba membayar menggunakan aplikasi perbankan mudah alih tetapi gagal kerana perkhidmatan internet yang perlahan. 

“Semasa saya berjalan menuju kepada  juruwang untuk menyemak pembayaran, dia melarikan diri dengan memandu ke arah Kho Hong pada pukul 2.45 petang (waktu tempatan). 

“Saya tidak mengejar Mercedes-Benz itu kerana terdapat pelanggan lain yang sedang menunggu,” kata Theerapong. 

Theerapong akan melaporkan perkara tersebut kepada polis sekiranya jumlah tersebut tidak dibayar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN