fbpx
Mohamad ketika menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) sekolah-sekolah di DUN Rantau di Dewan Orang Ramai Rantau, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

Runding, kumpul negara anggota misi pengaman di Lubnan bawa pulang tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Wakil tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah diarahkan untuk mengumpulkan negara-negara rakan yang menganggotai misi pengaman di Lubnan untuk membuat satu memorandum kepada Setiausaha Agung PBB.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, intipati utama memorandum berkenaan adalah untuk pihak tersebut memutuskan membawa pulang tentera pengaman baik dari Malaysia mahupun negara-negara anggota lain lebih awal dari kebiasaan penugasan sehingga hujung tahun ini.

Malah menurut beliau, tindakan itu juga tepat bagi mengelakkan mana-mana anggota atau pegawai tentera negara anggota terkorban dalam situasi serangan terkini di Lubnan.

“Keadaan di Lubnan sekarang ini, tidak lagi berasaskan kepada misi pengaman kerana dah perang di sana. Saya telah arahkan kita punya wakil tetap Malaysia di PBB untuk berurusan dengan SU Agung PBB dan berpakat dengan negara-negara yang mengganggotai pasukan pengaman ini.

“Jika keadaan getir begini, kita tak perlu tunggulah sampai hujung tahun kerana misi ini tamat sampai hujung tahun. Jika keadaan sebegini rupa, kita nak minta supaya PBB menyemak semula dia punya terma, menyemak semula tarikh matangnya.

“Kita tidak mahu, kita punya anggota tentera atau mana-mana yang anggotai pasukan pengaman PBB ini terdedah ataupun tercedera bahkan ada yang terbunuh. Kita ucapkan takziah kepada Indonesia kerana anggota misi pengaman mereka terbunuh semasa menjalankan misi pengaman di Lubnan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru sekolah-sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Dewan Orang Ramai Rantau, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN