fbpx
Tangkap layar aksi suspek yang mengamuk mengejar anggota polis di Telok Mengkuang, Kuala Langat.

[VIDEO] Mengamuk selepas diminta bayar hutang makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Tindakan seorang lelaki mengamuk menggunakan pisau pemotong daging dan sebatang rotan disebabkan diminta membayar hutang makanan sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, perkara itu diketahui selepas siasatan terhadap suspek berusia 30an yang berjaya ditangkap pihaknya.

Katanya, siasatan mendapati suspek merupakan penganggur dan tidak membayar juadah yang dimakan di restoran tersebut sebelum ini.
“Punca kejadian berlaku apabila pekerja kedai makan tersebut meminta suspek membayar hutangnya.

“Senjata yang digunakan adalah milik suspek yang dibawa olehnya sendiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, semakan mendapati suspek juga mempunyai empat rekod jenayah lampau dan dadah.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan aksi suspek mengamuk termasuk mengejar seorang polis sambil memegang pisau dan memecah lampu beacon pada kenderaan peronda polis menggunakan sebatang rotan tular menerusi beberapa video di media sosial.

Suspek turut memecahkan pelbagai barangan di restoran makanan laut tersebut selain merosakkan tiga kenderaan milik orang awam yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Hasil tindakan pantas polis kemudiannya berjaya menahan suspek dengan kes disiasat mengikut Seksyen 353 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN