fbpx
Pemandu Ford Ranger parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di KM 302.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Gopeng pukul 4.06 pagi tadi. Foto JBPM PERAK

Pemandu Ford Ranger parah, kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOPENG – Seorang pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger cedera parah dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan termasuk dua lori kontena di Kilometer (KM) 302.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Gopeng pada pukul 4.06 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa iaitu seorang lelaki berumur 46 tahun telah merempuh bahagian belakang sebuah lori kontena yang terlebih dahulu melanggar sebuah lagi lori kontena di hadapannya.

“Insiden itu menyebabkan mangsa telah tersepit di dalam kenderaan selain mengalami kecederaan parah. Dua lagi mangsa melibatkan dua lori kontena lain hanya mengalami kecederaan ringan.
“Bomba melaksanakan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Ketiga-tiga mangsa dihantar ke hospital terdekat dengan menggunakan jentera EMRS untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata sedemikian di Gopeng hari ini dan operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 5.20 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN