fbpx
Operasi OPA yang turut disertai anggota TUDM hari ini.

Pembenihan awan hari ke-3 berjaya, tumpu empangan Temenggor dan Bukit Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dengan tumpuan diberikan di kawasan tadahan Empangan Temenggor dan Empangan Bukit Merah di Perak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, operasi tersebut digerakkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kesemua petugas selamat kembali ke pangkalan selepas misi selesai.

“Sebanyak empat tangki bancuhan larutan garam digunakan dalam operasi berkenaan, dengan setiap tangki mengandungi 200 kilogram natrium klorida yang dilarutkan dalam 1,500 liter air sebelum disembur ke dalam formasi awan kumulus menara di kawasan sasaran.

“Alhamdulillah, operasi berjalan dengan baik dan teratur. Saya merakamkan penghargaan kepada seluruh petugas yang bertungkus-lumus bagi memastikan misi ini berjaya dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berharap usaha tersebut memberi kesan positif khususnya dalam meningkatkan paras air empangan sekali gus menjamin bekalan air kepada rakyat.

Tambahnya, pemantauan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa dan segala usaha akan diperkukuh demi memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara.

“Semoga setiap ikhtiar ini dipermudahkan dan diberkati,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN