fbpx
JUSTIN tewas kepada Alwi pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, sekali gus menamatkan cabaran perseorangan lelaki negara di Kejohanan Asia. - AFP

BAC2026: Cabaran perseorangan lelaki berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tiada lagi kelibat perseorangan lelaki negara pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China selepas dua wakil, Leong Jun Hao dan Justin Hoh tersingkir di pusingan pertama.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Ningbo sebentar tadi, Justin terpaksa akur tewas 19-21, 21-14, 18-21 kepada pemain Indonesia, Alwi Farhan meskipun pada awalnya mempamerkan aksi cukup baik.

Berdepan Alwi yang menghuni ranking ke-14 dunia, Justin menampilkan aksi cukup agresif di set pertama apabila mengekori rapat kedudukan lawan selain sesekali memimpin perlawanan, namun belum cukup untuk mencatat kemenangan.

Tersentak dengan kekalahan awal, pemain No.40 dunia itu kemudiannya memperkemaskan corak permainan selain tidak membenarkan Alwi untuk mendominasi perlawanan sebelum menang 21-14 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Bersambung set ketiga, Justin pada awalnya ketinggalan 5-11 tetapi dia tidak mengalah apabila bangkit mengejar dan berjaya menyamakan kedudukan 11-11 bagi menghidupkan semula peluang ke pusingan kedua.

Bagaimanapun, tuah lebih memihak kepada Alwi apabila dia berjaya mengekalkan fokus bagi mengutip mata demi mata selepas kedudukan terikat 16-16 dan menamatkan aksi set penentuan dengan kemenangan 21-18.

JUN HAO yang dijangka menggalas peranan sebagai perseorangan utama negara pada Piala Thomas nanti turut tersingkir. – AFP

Sementara itu, dalam aksi yang berlangsung di sebelah pagi, Jun Hao turut menerima nasib sama apabila tewas mudah 13-21, 8-21 kepada seorang lagi pemain Indonesia yang juga pilihan ketiga kejohanan, Jonatan Christie.

Menerusi keputusan tersebut, ia seolah-olah memberi gambaran kurang baik buat skuad badminton lelaki kebangsaan yang akan menggalas cabaran pada saingan Piala Thomas di Horsens, Denmark bermula 24 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN