fbpx
PEARLY (kanan) dan Thinaah meneruskan misi memburu gelaran Asia selepas melangkah ke pusingan kedua. - AFP

BAC2026: Pearly-Thinaah mudah ke pusingan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah tidak berdepan banyak masalah ketika meneruskan cabaran ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2026 di Ningbo, China.

Pada aksi pusingan pertama yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Ningbo sebentar tadi, naib juara dunia itu menang straight set 21-14, 21-11 ke atas beregu Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, pasangan No.2 dunia itu menampilkan aksi seperti dijangka apabila menguasai keseluruhan perlawanan biarpun bermula agak perlahan pada set pertama.

Sebaik sahaja memenangi set pertama, Pearly-Thinaah mengekalkan momentum tersebut dalam set kedua, sekali gus mendominasi permainan sebelum memastikan kemenangan 21-11 bagi melangkah ke pusingan kedua.

Keputusan itu menyaksikan mereka memperbaiki pencapaian musim lalu di mana mereka terkandas seawal pusingan pertama selepas tewas 19-21, 26-28 kepada beregu Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong.

Menanti Pearly-Thinaah di pusingan kedua esok adalah pasangan Taiwan, Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun yang menyingkirkan Ornnicha Jongsathapornparn-Sukitta Suwachai menerusi kemenangan 21-12, 21-13.

Turut melangkah ke pusingan kedua adalah perseorangan wanita negara, K. Letshanaa yang menewaskan Tanvi Sharma dari India dengan keputusan straight set 21-19, 21-14 dalam tempoh 41 minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN