fbpx
Kamil dengan salah seekor ikan cupak yang dia dapat menggunakan jig.

Trip bersama bot Sri Maharani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TRIP yang asalnya untuk jigging bertukar kepada pancingan dasar sahaja kerana cuaca masih lagi tidak sesuai ke lubuk-lubuk pilihan untuk aktiviti mengunjun.

Pada pukul 5.30 petang, bot bertolak dari jeti dan kami tiba di lokasi pertama satu jam selepas itu. Kami tidak membawa sebarang umpan, jadi tekong berhenti di satu tempat untuk mencandat sotong.

Namun, hanya seekor sotong yang dapat dicandat sebaik sahaja malam menjelma. Memandangkan sotong langsung tidak mahu membedal candat, tekong terpaksa menggunakan jala untuk mendapat­kannya.

Jala sotong
Usahanya itu berjaya mendapat­kan stok umpan sotong segar yang mencukupi untuk semalaman memancing, walaupun saiznya kecil-kecil sahaja.

Kami semua menggunakan umpan sotong yang baharu itu, namun dari pukul 9 malam membawa ke tengah malam, umpan langsung tidak terusik.

Saya yang keletihan beransur masuk kabin dan tidur. Pada pukul 4 pagi, tekong mengejutkan saya dan mengatakan bot akan berpindah lokasi kerana kucah ombak serta angin suda

Kami sempat bergambar di jeti sebelum memulakan trip.

h berkurangan.

Bot mula bergerak selama lebih kurang satu jam sebelum tiba di lokasi berikutnya. Pancingan diteruskan, namun tiada hasil yang baik sehinggalah hari mula cerah.

Awal pagi itu Faid memulakan aktiviti jigging, dan dia mendapat sambaran daripada seekor tenggiri remaja.

Kemudian, jig merah putihnya sekali lagi mendapat henjutan, malangnya terputus pula.

Walaupun kehilangan jig tersebut, namun tidak lama kemudian ia berganti seekor kerapu hasil pancingan dasar.

Sementara itu, di hadapan bot, kamil dapat dua ekor ikan cupak hasil jigging. Selepas satu jam tiada aksi yang menarik, tekong berpindah ke lokasi lain lagi.

Di sini, kami dapat ikan gerut-gerut sehinggalah cuaca menjadi panas dan suasana mula senyap. Kami membuat keputusan untuk terus pulang ke jeti.

Di jeti, pembantu tekong sempat menjala sekawan ikan belanak yang kelihatan mundar-mandir di tepi bot. Dapatlah kami bawa pulang sebagai tambahan hasil trip.

Lebih-lebih lagi, isi ikan belanak ini rasa cukup lemak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN