fbpx
Aliff Aziz tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi bekas isteri, Bella Astillah selepas wanita itu mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

‘Saya doa kebahagiaan Bella berkekalan hingga ke anak cucu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi sensasi Singapura Aliff Aziz bersyukur dan tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi bekas isteri, Bella Astillah selepas wanita itu mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Pada masa sama, Aliff, 35, mendoakan agar kesejahteraan dibina antara mereka berkekalan buat selamanya.

“Alhamdulillah, saya tumpang gembira melihat mereka bahagia.

“Saya doakan semoga kebahagiaan itu berkekalan hingga ke anak cucu, insya-Allah.

“Saya juga berharap masyarakat dapat mendoakan yang baik-baik buat semua,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis rumah terbuka iQIYI Raya di Andaman Grand Ballroom, di sini, hari ini.

Tambah pelantun lagu Sayang Sayang itu mengakui menonton rakaman majlis pertunangan bekas isterinya selepas dihantar kenalan.

“Saya ada nampak beberapa klip yang dihantar.

“Secara jujurnya, saya doakan yang terbaik. Ini bukan sekadar kata-kata tetapi datang daripada hati yang ikhlas,” ujarnya.

Menyentuh mengenai pertunangan, Aliff hanya menyerahkan urusan tersebut kepada Illahi selain mahu memberi laluan untuk merenjat kembali karier.

“Buat masa ini, saya serahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

“Ini bukan jawapan klise, tetapi saya sedar masih banyak perkara perlu diperbaiki untuk bangkit semula.

“Saya mahu memberi tumpuan kepada diri sendiri dan kerjaya terlebih dahulu.

“Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan saya mohon maaf jika ada yang terguris dengan perkongsian saya sebelum ini,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam satu majlis yang berlangsung di ibu negara.

Bella sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada September 2016.

Pasangan itu pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dan berpisah kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden, 9, dan Ara, 6. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN