fbpx
Dari jauh, kelibat haiwan berwarna hitam itu kelihatan seperti buaya. - TikTok

Kusangka buaya, rupanya babi hutan berenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Sekumpulan pendayung kayak di Singapura terkejut apabila melihat kelibat haiwan menyerupai buaya sedang berenang di luar pantai Pasir Ris Park baru-baru ini, lapor portal berita Mothership semalam.

Dalam video yang dimuat naik di platform TikTok, haiwan berwarna hitam itu dilihat berenang di laut terbuka.

“Ia tidak kelihatan seperti kayu balak,” kata individu dalam video tersebut.

Setelah beberapa saat mengamati dengan lebih dekat, haiwan yang disangka buaya itu ternyata babi hutan yang berenang di laut dengan tenang.

Ia membuatkan kumpulan pendayung tersebut berasa terkejut dan lucu melihat aksi haiwan liar tersebut.

Video itu menjadi tular dengan pengguna media sosial menyatakan rasa kagum melihat kebolehan babi hutan berenang seperti itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN