PELANCARAN misi Artemis II oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) pada 1 April lalu menandakan satu lagi detik penting dalam sejarah penerokaan angkasa lepas oleh manusia. Misi itu bukan sekadar penerbangan kapal angkasa biasa, sebaliknya langkah penting untuk pendaratan manusia sekali lagi di Bulan, serta perancangan menghantar manusia pertama ke planet Marikh pada masa hadapan. Pelancaran Artemis II turut mengimbau kembali sejarah manusia mendarat di Bulan sejak tahun 1969 melalui program Apollo. Menurut Ketua Sains Artemis, Dr. Lori Glaze,……














