fbpx
SEBAHAGIAN keluarga mendiang Lin Siang di Jabatan Forensik HSB di Alor Setar, semalam.

Jasad 2 pelajar IPG lemas akan disemadikan di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Jasad dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang meninggal dunia akibat lemas ketika berkayak di Pantai Merdeka pada kelmarin akan disemadikan di Sarawak.

Difahamkan jasad mendiang Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, sudah selesai dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Proses penghantaran jasad Lin Siang dijangka diuruskan pada malam ini untuk dibawa pulang ke Sibu, manakala Jia Siang akan dihantar pulang ke Kuching pada esok.
Pada semalam, keluarga kepada dua mendiang itu tiba di Jabatan Forensik HSB untuk membuat pengecaman sebelum proses bedah siasat dijalankan.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan jabatan forensik itu apabila beberapa ahli keluarga mendiang menangis sehinga terpaksa ditenangkan ahli keluarga lain.

Dalam kejadian kelmarin, Jia Siang dan Lin Siang yang merupakan penuntut tahun kedua Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Jasmani di IPG berkenaan menyertai aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani.

Kayak dinaiki mereka dipercayai terbalik akibat dilanda ombak kuat ketika laut bergelora termasuk angin kencang dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang kelmarin.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh pada semalam berkata, pengurusan jenazah kedua-dua mangsa diuruskan sepenuhnya dengan kerjasama pihak IPG bagi meringankan beban waris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN