KOTA TINGGI – Negara mengambil pendekatan tegas namun tidak bermusuh dengan Amerika Syarikat (AS) demi memastikan hubungan strategik antara kedua-dua negara terus terpelihara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, dalam suasana geopolitik yang mencabar, negara perlu bijak mengimbangi pendirian prinsip dengan keperluan kerjasama antarabangsa.
Menurutnya, meskipun Malaysia tidak berkompromi dalam isu tertentu termasuk pendirian terhadap konflik berlaku di Asia Barat namun hubungan dengan AS tetap dipelihara melalui pendekatan diplomasi matang.
“Malaysia terima berkasih rakan-rakan Jemaah Menteri saban hari ada mesyurat, Majlis Tindakan Ekonomi, negara ada kabinet khas ada jadual jemaah menteri biasa, cari apa yang boleh kita buat kita mampu lakukan, ada keupayaan kita oil and gas providers ada data center kita dan eksport yang masih ada tinggi demand terutama dari Amerika Syarikat.
“Jadi walaupun kita keras dalam menghadapi tindakan-tindakan Amerika Syarikat kita masih bijak supaya jangan terlalu bermusuh supaya kita masih boleh ada jaringan kerjasama.
“Ini ‘the art of diplomacy’ (seni diplomasi) kementerian luar lebih handal dalam hal ni. Jadi sementara kita tegas menyokong Iran kita masih bergadang dengan Amerika Syarikat hari ini,”katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kolej Vokasional Pengerang di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Pengelih, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE














