fbpx
Yonnyboii (kiri) percaya adalah lebih baik aib sendiri tidak digembar-gemburkan kepada umum sebagaimana Tuhan menjaga rapi perihal terbabit.

‘Nak marah sangat orang bertatu, saya sendiri rambut merah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mengakui kelemahan diri sebagai manusia, penyanyi Yonnyboii enggan terlalu menghakimi rakan-rakan seperjuangan yang terlanjur melakukan perkara yang ditegah agama termasuk mereka yang mencacah tatu.

Percaya setiap orang ada kesulitan hidup masing-masing, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 28, bagaimanapun berkata, adalah lebih baik aib sendiri tidak digembar-gemburkan kepada umum.

“Nak marah sangat pun, kita sendiri tak sempurna. Saya sendiri dengan rambut warna merah apa semua.

“Tapi, struggle (kesulitan) hidup orang itu lain-lain. Ada orang mungkin ibu bapa mereka meninggal dunia apa semua. Masih kena teruskan hidup.

“Saya faham apa dia cakap — sebabkan struggle atau kesusahan, sampai dia (individu terbabit) terlanjut buat pilihan yang salah dalam hidup yang susah nak patah balik,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Yonnyboii berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi pempengaruh Iman Kamil mendedahkan berdepan kemurungan sehingga membuatkannya terlanjur mencacah tatu sekali gus menjemput kritikan masyarakat.

Pelantun lagu sakit yang masih bergelut dengan masalah Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) itu berpendapat, sekalipun terjebak melakukan dosa, seseorang itu tidak sepatutnya mencanang aib demi mendapat validasi umum.

“Bagi saya tak payah kongsi — sebab ramai saja kawan-kawan yang terlanjur (buat tatu dan sebagainya). Satu tahun itu, kita rasa paling teruk sampai terjerumus dengan benda-benda tak baik.

“Cuma bagi saya, tak payah nak kejar validasi orang ramai semata-mata nak normalisasikan tatu kau itu. Benda peribadi itu patut simpan sendiri sahaja.

“Terutama yang berkaitan dengan agama, jangan buat main. Tuhan tahu kita buat ini dan itu sebab apa. Senang cerita, tak perlu share,” katanya pada majlis pelancaran lagu Infiniti – Kita UP (With PUBG MOBILE). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN